Sunday, February 28, 2010

manusia oh manusia

salam semua dan salam maulidur rasul..bnyak2 laaa kita berselawat kerana selawat akan membantu kita pada akhirat kelak..ceewwahh,bertazkirah plak..tiba-tiba teringat kat ustazah aq selalu pesan iaitu sebagai umat nabi Muhammad,kita kena selalu ingat kepada rasulullah,nnt akhirat rasulullah akan ingt kat kita juga..salah satu cara untuk mengingati rasulullah ialah berselawat dan mengamalkan amalan yang diamalkan oleh baginda...

kita hendaklah menginsafi diri kita yang selalu alpa ini..dan tuhan menjadikan manusia dengan pelbagai masalah,perangai,kebaikan dan keburukan..kalau tiada ini semua maka tiada laa dosa dan pahala,tiada laa hari pembalasan dan tiada laa syurga dan neraka..perangai manusia ini berbeza antara satu sama lain..sebelum kita nak ckp tentang seseorang itu,maka elok laa kita lihat diri kita dahulu..adakah kita ini betul atau salah..tp bagi aq laa,diam itu lebih baik..sebenarnye kita ni sama sahaja,tiada yang lebey dan tiada yang kurang..dan kita hendak lah bersyukur dengan kurnian yang tuhan berikan..janganlah nak samakan diri kita dengan orang lain..setiap org ade rezeki masing-masing..mengeluh jugak kadang2 membuatkan diri kita lupa kepada kurniaan yang diberikan olehNya..kita seolah-seolah tidak bersyukur dengan rezekiNya..

dan semalam sblum tidur, aq terfikir,kita hidup ni smpy bila???mustahil tiada penghujung nya..kita tidak tahu bila kita akan kembali kepadaNya..entah esok,entah lusa,tiada siapa yang tahu..dan kita yang hidup kenalah menghadapi saat kematian itu...kematian berlaku dalam sekelip mata sahaja..kita yang hidup mestilah menerima kematian seseorang dengan redhanya..ckp senang,tetapi nak menghadapinya sangat susah..dan aq rasa takut sangat kalau aq kehilangan my mom..sbb aq rase 'dia' lah ibu yang paling best,kawan yang paling sporting,
dan boleh jugak dianggap kakak yang bagus..i share everything about my life with her,sometimes gaduh dan aq mestilah merajuk..cam kawan-kawan,tp my mum x pernah nak masam muka..sabar sangat melayan karenah anak nyer ini..kadang2 aq terfikir jugak boleh ke satu hari nnt aq jadi seorang ibu seperti my mum...miss my mummmmm!!!!!

Sekian laaa sahaja ceramah saya pada kali ini...
untuk renungan kita bersama...
wallahualam...

No comments:

Post a Comment