Sunday, April 25, 2010

25.4.2010

happy birthday cousin ku...
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
hope its as awsome as u are
and may all your birthday wishes come true...

bila mau ketemu yark..
sudah rindu bangat ini
banyak sangat gosip mau diupdate nya
lama udah tidak berjalan-jalan
membuang duit
tanpa hala tuju

masih kah kamu ingat gambar2 di bawah ini...
saya sangat terlupa untuk menguploadkan nyer
tau2 jer lah spupu mu ni kan sangat terkenal
dengan sifat pelupa
hehehehe~~~~~



model ala-ala 90 an....



ade iras x muka kami????


sungguh bulat muka ku ini...



oh saya rindu nak makan ini...

rindu bangat sama kamu!!!!!

Monday, April 19, 2010

...lately...

salam everyone..lately aq x buat pape pon..study,study n study..penat bosan dan x sukeeeeeeee...ikut kan hati x sabar nak balik umah..nak cari keje2 merepek sebelum dpt posting..cari pengalaman ckit2..

Plan pertama ialah mau jadi guru ganti..2 minggu lepas daa anta borang guru ganti..dan subjek yang aq mintak ialah math, b.melayu dan agama islam ok..mintak2 laa dpt..tp kalau boleh aq nak guru ganti kat sek rendah..kalau sek menengah,bnyk betul dugaan..tp mengikut kata pakcik aq mgkin x dpt sek rendah sbb aq ade degree..oh my God..gaji nyer mengikut SPM jer ok..sehari dpt rm 40..tp aq x kesah pon...aq bkan nak gaji sangat tp nak hilangkan kebosanan apabila berada dirumah nnt...

Plan kedua ialah menjadi cashier (betul ke ea ejaan nye) kat mana2 tempat laa..giant ker,mydin ker..asal aq x goyang kaki kat umah..hahhaahaha...tp kan aq pikir gak..kalau aq jadi cashier,kalau duit ilang cam ne..mesti kena ganti ngan duit sendiri..takut gak tu...tp yang aq paling takut,apabila bertemu ngan anak-anak muridku..ayoooooo...malu kot..mesti mereka akan ckp, ari tu jadi cikgu tp skrang jadi cashier plak..mesti kena buang keje ni..tu laa,sape suruh ngajar x best...hahahaa..mgkin laa mereka akan berfikiran sedemikian..padahal itu hanya praktikal sahaja..kalau katakan berjumpa ngan mereka, mesti aq akan pakai purdah kot...hahahahaa...

Plan ketiga..ape yer,kalau x dpt jugak keje..aq buat laa jugak pape keje kat umah tu sambil membodek mak aq..satu keje mesti dpt duit...hahahaha..sebenarnye aq ni pemalas..kalau kat umah,kadar kemalasan semakin meninggi..x tau laa kenapa jadi begitu...tp yang penting aq nak belajar masak..bkan laa sbb nak kahwen,tp rase mood nak masak dah mula terasa..dan yang paling penting ialah misi menguruskan berat badan mesti diteruskan..kalau duduk di rumah probability nak gemuk sangat laaa tinggi sangat..cam ne ni....

ok saya dah merepek dan terkeluar dari tajuk asal nyer..tp di atas itu hanyalaa planning semata-mata..tiada kena mengena yang hidup atau mati

late ly jugak..aq selalu gak laa online kat bilik..mgkin sebab laju kot..kalau kat lab tu boring daa..sbb x dpt bukak game..bleh plak uum block..menyampah,sampah betul laaa...
skrang ni klau aq sign in facebook mesti bukak page abe mu..best sangat bace artikel yang dia tulis..berunsurkan islamik dan menceritakan ttg kisah nabi zaman dahulu kala..aq ni kalau nak baca buku ilmiah mmg dah kurang daa,novel tu laju jer..harap kan mende2 gini laa yang boleh menolong aq memberikan keinsafan..laro banyak aq ni...korang2 bace laaa..best sangat2..

oh yer..bercerita tentang exam ari tu..2 paper satu ari..sangat letih kot..ptg n malam..dengan penat nyer,pening kepala nyer,mengantuk nyer..pakej yang cukup lengkap..tp aq paling takut
paper prinsip ekonomi,sbb aq maen tembak jer 70 soalan tu..aq x study pon paper tu sbb aq lebih pentingkan statistik gunaan..dah laa tu elektif bebas...
Ya Allah...mintak lah aq lepas semua paper sem ni..

ok lah,sekian sahaja bebelan mengarut pada kali ini...
mau studt sudey
paper lpas ni pada 29 April 2010
wlaupon paper itu agak lambat lagi
tp aq mesti study awal
untuk aq score dengan jayanya

wish me luck yer :)

Saturday, April 17, 2010

sangat penting

ketika mambaca status my friend kat fb

"penting ke seorang ayah dalam hidup kita?

hatiku tiba-tiba tersentuh,selama berkawan 4 tahun,seriously i dont know about his problems..mgkin dia lelaki,so susah skit kot nak share..dulu dalam kelas, ade gak lect tanya ttg keluarga,tp bila ckp pasal ayah,dia terus ckp x tau ayah dia kat mana..mesti ade something happened in his life..
dan ramay laa kawan2 nyer yang comment.almost of them said mestilaa penting kerana tanpa ayah siapala kita..walau sejahat mana pon ayah kita, tapi dialah yang memberi kita bernafas di dunia ini..dan dlam fb jugak dia bercerita ttg ayah nya..sangat sedeh(bergenang air mata ku membaca komen2 tersebut)..dan aku kagum melihat kegigihan ibunya kerana telah mendidik adik beradik nya sehingga berjaya..dan aku harap dia sabar dalam mengahadapi dugaan dan cabaran..percaya laa Allah itu Maha Adil..Dia tahu hambanya dapat menghadapi cabaran dan dugaan dengan tabah..

hidup herbalife :)

Tuesday, April 13, 2010

t.e.r.i.m.a.k.a.s.i.h:)

terima kasih sangat2
kepada 2 orang sahabatku
kerana sudi membantu ku
i'm really appreciate for both of u

jauh dimata
tetapi dekat di hati
kan????

walaupon hanya ym dan msg
(sudah mampu buat saya menangis)
tapi tu dah ckup untuk
melepaskan kerinduan (chheewwaahh)
dan
memberi semangat dan motivasi
untuk menghadapi exam
yang bakal menjelang

dan kepada salah seorang sahabat ku
ini lah jadual exam ku
yang sangat terbaik punyer
terima kasih jugak kepada uum yang terchenta

16 april - statistik gunaan
prinsip ekonomi
29 April -pengurusan Kualiti
5 Mei -Linear Algebra


ku akan cuba menghappykan diri seperti yang anda sarankan..
ku akan cuba melupakan segala masalah ku
hanya ada 23 hari lagi ku disini

sabrina
ingat pesanan sahabat mu ini
"biar orang buat kita
jangan kita buat orang"


terima kasih sahabat
sayang korang banyak-banyak :)

Monday, April 12, 2010

bacalah kawan ku

di saat aku mengantuk ketika duty lab
aq terjumpa satu page kat facebook
dan aq sangat tertarik dengan kata- kata tersebut

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas
sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di
bumi."


adakah jodoh mempunyai kaitan dengan keturunan???
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk

membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Sunday, April 11, 2010

..25 days..

hanya tinggal 25 hari lagi aku berada di bumi sintok ini..dan hanya 4 hari lagi exam ku bakal tiba..dan jadual untuk sem ini sangat terbaik dan mempunyai gap yang sangat begitu jauh..mungkin uum mahu aku berada lebih lama di sini sebelum aku meninggalkannya..

hanya tinggal 25 hari lagi aku bersama dengan kawan-kawan ku..walaupon saat ini aku sedikit terkilan dengan kawan-kawan ku..tetapi aku cuba pujuk kan hati bahawa aq hanya ada 25 hari lagi bersama mereka..

aku rindukan saat-saat dulu..

lunch bersama
pergi cafe sama-sama
bergelak ketawa
bergurau senda
pergi petro
hang out together

tapi sekarang semua itu sudah tiada
masing-masing busy dengan kehidupan sendiri
satu hari pon susah nak jumpa

xpe lah,mgkin itu yang mereka suka
aku tidak dapat menghalang nya

hati ini sedih & pedih :(

hati ini sedih :(

Untukmu Sahabat

Disaat kita nikmati kebersamaan
Banyak hal terlewatkan begitu saja
Keceriaan, gelak-tawa serta gurau senda
Semuanya mengalir begitu saja
Waktu yang tersedia
Seolah tak mampu untuk menampungnya
Begitu cepat berlalu
Berlari seolah tak mahu berhenti
Kenangan-kenangan itu terasa tak kali kita pergi
Pergi meninggalkan semua kegembiraan yang melenakan
Satu persatu kenangan itu diputar kembali
Ada sederet senyum saat terlintas filem-filem yang lalu
Kenapa kegembiraan itu harus pergi?
Kenapa tak selalu mengikutiku kemana pergi?
Akankah kita tetap seperti ini?
Sahabat…
Semua yang pernah kita jalani
Hari demi hari, waktu demi waktu
Tak kala kita lalui semuanya bersama
Banyak hal yang pernah terjadi
Semua kita lalui dengan segala kekurangan yang kita miliki
Kadang benci, kesal dan kecewa
Juga senang, hormat dan sayang
Sungguh luar biasa apa yang telah kita lalui bersama
Inikah pemberian tak ternilai dari Sang Kuasa?
Yang sering kali tak pernah kita syukuri
Ya, Allah Azza wa Jalla.. Lindungilah mereka yang ku-cinta

Friday, April 9, 2010

....alpa....

Aku terlalu rindu…

Rindu akan bau akhirat, yang aku sendiri tak pasti,

rindu ketenangan hati yang aku sendiri tak pernah mengerti..

yang aku pasti, kedudukan..duit bukanlah segala2nya..bila kita terlampau memikirnya, kadang2 membuatkan kita meninggalkan akhirat di belakang..

DUIT,DUIT & DUIT

benar, aku suka mengakui bahawa aku materialistic, gemar mencari duit..dan tiap saat otakku hanya ligat memikirkan soal duit, mungkin lebih banyak mengenangkan duit berbanding mengenangkan Allah taala..Aku seolah-olah mengejar duniawi dari ukhrawi..macam-macam aku nak beli untuk dunia, tapi apa bekalan aku untuk akhirat..astagfirullah..hati aku semakin hari samakin kelam dan gelap..

dan paling teruknye aku nih..shopping da seolah2 umpama menggantikan penenang aku di kala duka.. ubat aku sakit..resah aku di kala bengang when xdpt achieve ape yg ditarget dlm study..

sape yg pernah teman aku shopping, akan taw betapa teruknye aku..astaghfirullah, mane sebaik2 penenang hati yg sepatutnye aku bersandar?

Hidup ni memang aneh, atau sikap manusia itu sebenarnya yang aneh ye?aduhai…aku bingung.

Aku masih belajar untuk memperbaiki diri,

Berakhlak dengan akhlak yang lahirnya dari hati..

Bertutur dengan datangnya dari hati..

Beribadah dengan apa yang tercetusnya dari hati..

wallahualam lilsowab :)



Thursday, April 1, 2010

i'm so sorry

i'm so sorry..
i'm so sorry that this happenend
sorry..
i know,
i hurt ur feeling

I'm so sorry
i never meant to hurt u.....

im so sorry